Sunday, August 31, 2008

MERUNGKAI KEJAYAAN UMAT DI BULAN RAMADHAN


Sebahagian umat Islam hari ini mempunyai persepsi yang salah tentang puasa dan aktiviti-aktiviti orang berpuasa. Puasa bagi mereka adalah istirehat dengan menghabiskan sebahagian besar waktu siang dengan tidur. Amalan ini menjadikan mereka malas, tidak aktif dan mudah tersinggung. Sepatutnya semangat Ramadan ini akan memberangsangkan mereka dalam meningkatkan aktiviti pekerjaan harian.

Seingat kita banyak peristiwa penting dalam sejarah di mana dalam bulan Ramadan pelbagai peristiwa menggambarkan kekuatan dan kehebatan umat Islam di dalam menghadapi golongan kufur. Pada bulan Ramadan inilah juga, Nabi Muhammad SAW memerintahkan agar masjid al-Dhirar yang dibangunkan oleh kaum munafik Madinah di robohkan.

Pada 17 Ramadan 2H, Allah SWT memisahkan kebenaran dari kebatilan dalam perang Badar di mana Allah memberi kemenangan kepada umat muslim yang ketika itu hanya 313 sahabat dibandingkan dengan 1000 musuh. Allah telah menurunkan 1000 malaikat kepada mereka untuk ikut memperkuatkan barisan kaum muslim. Firman Allah SWT:

(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankan- Nya bagimu: Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut. Dan Allah tidak menjadikannya (mengirim bala bantuan itu), melainkan sebagai khabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram kerananya. Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (al- Anfaal ayat 9-1).

Pada hari ke-11 bulan Ramadan, Rasulullah saw berjaya menakluki kembali kota Mekah tanpa peperangan. Untuk pertama kalinya dalam sejarah Mekah, sahabat Nabi SAW yang mulia, Bilal ra, naik di samping Kaabah, mendengarkan pada dunia suara Allahu Akbar. Bergemalah suara itu ke seluruh penjuru kota Mekah.

Pada bulan Ramadan juga berlaku peperangan antara Thariq bin Ziyad yang memimpin 12,000 tentera Islam dengan pasukan Kristian yang diketuai Roderik yang memimpin 90,000 orang tentera. Kemenangan dicapai oleh umat Islam dan selama 700 tahun Islam bertapak di bumi Sepanyol.

Demikian makna dan peringatan bulan Ramdan terkumpul istilah ibadah, jihad dan kemenangan. Bukan sekadar lapar dan dahaga sahaja. Bulan Ramadan terus menjadi bulan ujian dan bulan yang memudahkan jiwa kita yang bertaqwa bagi menghadapi tentangan yang nampak mustahil.

Kita memerlukan kaum muslim yang dapat mencontohi teladan Nabi SAW .Thariq bin Ziyad, Salahuddin Al Ayyubi dan pahlawan-pahlawan Islam lain bagi meneruskan tradisi ini. Firman Allah SWT:

Dan Allah telah berjanji pada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang- orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. (Surah an-Nuur ayat 55).

GambaranRamadan juga bulan yang penuh dangan gambaran terhadap nilai-nilai kemanusiaan. Ketika rasa lapar dan haus hadir dalam diri kita,maka keikhlasan kita ketika melaksanakan ibadah Ramadan tercermin daripada perilaku kita untuk mencapai keredaan Allah. Salah satu sasaran awal puasa ialah lapar. Kerana dengan laparlah si kaya dan si miskin menjadi sama darjat. Lapar merupakan salah satu keadaan umum yang dimiliki oleh kaum daif dan orang miskin. Kemiskinan harta mengakibatkan mereka tidak mampu membeli sesuatu yang dapat menghilangkan rasa laparnya. Pada bulan Ramadan yang suci ini, Allah SWT berkehendak si kaya ikut merasakan derita lapar sebagaimana yang dialami saudaranya yang miskin. Dengan lapar yang dirasakan si kaya, mereka akan turut merasakan pedih dan peritnnya rasa lapar. Dengan ini si kaya mulai berasa simpati kepada orang miskin yang sangat akrab dengan rasa lapar, sampai akhirnya tumbuh rasa kasih di dalam hati si kaya.

Inilah yang hendak dicapai melalui puasa. Jika lapar adalah sasaran awal, maka belas kasih adalah sasaran akhir daripada puasa. Dengan belas kasih inilah si kaya terdorong melakukan sesuatu bagi menolong orang yang lemah dan miskin.

Lapar akan mewariskan hikmah, mewariskan keterjagaan hati dan dorongan mendekatkan diri kepada Allah SWT, serta melazimkan kesedihan dan meringankan pertolongan di antara manusia, juga mewariskan perkataan yang benar, dan ia tidak peduli, apakah ia hidup senang atau susah.

Rasa lapar akan membangunkan hati yang tertidur dan membangkitkan jiwa yang lemah dan lalai. Rasa lapar dapat menggoncang kesedaran rohani seseorang daripada malas dan berfoya-foya. Mata batin orang yang lapar akan terbuka menangkap rahsia-rahsia kehidupan dan tanda-tanda zaman. Ia menjadi ibrah pelajaran dalam kehidupan. Akhirnya, orang yang lapar sanggup mencerap hikmah-hikmah daripada Tuhannya. Orang yang lapar akan ringan tubuh dan gerakannya. Kerana itu pula ia menjadi ringan melakukan segala kegiatan ibadah ritual dan ringan tangannya untuk melakukan pertolongan dan bantuan sebagai realisasi daripada ibadah sosialnya. Lalu bagaimana puasa dapat melahirkan cinta Ilahi? Allah mencintai orang yang sengaja berlapar diri atau berpuasa, kerana salah satu karakter para kekasih Tuhan (wali Allah) adalah berlapar diri. Di dalam hadis, mikraj menyebut beberapa sifat wali Allah,"perut mereka tipis dari makanan halal"

Kita tidak dapat memperoleh cinta-Nya sebelum kita sanggup mencintai sesama manusia. Ini bererti, puasa mesti menghasilkan kepekaan jiwa, sensitiviti sosial kepada orang yang patut dikasihi, iaitu kaum daif yang sering mengalami kelaparan.

Merdeka: Mengubat cinta yang terluka



Beberapa pihak bersungut tentang semangat patriotik generasi muda yang makin terhakis. Hal ini cuba dikaitkan dengan kemurungan mempamerkan semangat kemerdekaan. Juga pelbagai sikap yang lain generasi muda kita yang kelihatan seakan tidak lagi kisah dengan kedaulatan dan harga kemerdekaan negara. Saya tidak pasti sejauh manakah mendalamnya dakwaan ini. Jika benar itu berlaku, tentu ada sebab- sebabnya yang mengheret ke arah tersebut.

Cinta adalah sesuatu yang tidak boleh dipaksa atau dibuat-buat. Cinta itu lahir daripada lubuk jantung insani disebabkan faktor-faktor tertentu. Cinta lebih mendalam daripada sekadar perasaan suka atau gembira. Cintalah yang telah membina seluruh rangkaian hidup di maya pada ini. Tidakkah kita lihat, tanpa cinta tiada agama, tiada keluarga, tiada negara, tiada kehidupan dalam erti kata yang sebenar.

Agama itu sendiri dibina atas kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang mendakwa beriman, tetapi kontang jiwa dari kesyahduan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya, dia sebenarnya pendusta. Firman Allah: (maksudnya) “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)" (Surah al-Taubah, ayat 24).

Justeru Nabi SAW menyebut dalam hadisnya: “Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasul-Nya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Cinta mutlak hanya boleh diperuntukkan untuk Allah dan Rasul-Nya. Dalam jiwa insani tidak mungkin untuk berhimpun antara cinta mutlak dan cinta lain yang saling bertentangan. Tidak mungkin untuk sebuah keimanan yang luhur mengizinkan ruang jiwa diisi cintakan seorang kekasih secara mutlak, dalam masa yang sama mencintai musuh kekasih tersebut. Jika itu berlaku, itu adalah cinta yang tidak mutlak sama sekali. Insan mungkin ada kelemahan dan kesilapan dalam kehidupan. Mungkin ada dosa dan kesalahan, tetapi tiada perkongsian dalam jiwa berhubung cinta mutlak kepada Allah dan Rasul-Nya. Cinta mutlak ini akan dapat dinilai apabila berlaku pertembungan. Firman Allah: (maksudnya) “Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun kaum keluarga mereka. Mereka (yang setia) itulah, Allah telah menetapkan iman dalam jantung hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadanya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda kepada mereka dan mereka reda kepada-Nya. Merekalah penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong (agama) Allah itu ialah orang- orang yang berjaya”. (Surah al-Mujadilah, ayat 22).

Mendakwa

Maka tidak mungkin mereka yang mendakwa berjuang untuk Islam, dalam masa yang sama berkasih-sayang kepada penentang ajaran Islam secara terbukti. Bagaimana mungkin mereka yang ingin menegakkan Islam sebagai prinsip dan asas sesebuah negara akan berkasih sayang dengan sesiapa yang menentang Islam sebagai teras sesebuah negara? Jika itu berlaku, cinta perjuangan itu tidak mutlak dan ada pembohongan di sebalik dakwaan.

Cinta penting dalam kehidupan. Lahirnya kehidupan insan segalanya atas cinta. Suami isteri hidup atas dasar cinta. Tanpa cinta, porak peranda segalanya. Cinta jugalah yang membesarkan seseorang insan. Cinta ibu, cinta bapa, cinta anak, cinta saudara, cinta sahabat dan seterusnya, itulah yang membuat alam ini berjalan dengan harmoni dan tenteram. Tanpa cinta, akan nampak kecacatan emosi dan ketidakseimbangan perasaan dalam kehidupan insan. Firman Allah: (maksudnya) “Dan antara tanda-tanda kebesaran-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bermesra dengannya, dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”. (Surah al-Rum, ayat 21).

Sesuatu yang bergerak tanpa sayang dan cinta akan lahirlah kepincangan. Jika seseorang mengakui beriman tetapi jiwanya kosong dari mencintai Allah dan Rasul- Nya, maka rosak pegangan dan amalannya. Suami isteri yang hidup tanpa cinta, bagaikan neraka dunia. Hubungan ibu bapa dan anak tanpa cinta akan berlakulah penderhakaan. Demikian rakyat, apabila sudah tidak cintakan negara atau kepimpinannya maka rosaklah ketenteraman dan keharmonian.

Ya! hadis yang menyebut “Cintakan negara itu daripada iman” merupakan hadis palsu, seperti yang diputuskan oleh para ulama hadis (lihat: al-Albani, al-Silsilah al-Da‘ifah, 1/113). Maka tidak wajar untuk sesiapa pun cuba menyandarkan hadis ini kepada Nabi SAW. Sekalipun mungkin dari segi maksud, ada kebenarannya. Cuma, bukan semua cinta negara itu termasuk dalam iman. Rakyat negara komunis juga mungkin mencintai negara mereka, tetapi mereka tidak beriman sama sekali. Kecintaan kepada negara boleh jadi disebabkan faktor iman, jika sesebuah negara itu tertegak dalamnya keadilan, kebenaran dan keharmonian bersesuaian dengan titah perintah Allah dan Rasul-Nya. Bahkan mempertahankan tanah air Islam itu merupakan kewajipan yang difardukan kepada setiap individu muslim.

Secara fitrahnya, insan cintakan ibunya, ibu cintakan anaknya, suami cintakan isterinya, isteri cintakan suaminya, demikian rakyat cintakan negaranya. Jika terhakis perasaan cinta antara semua itu, sudah pasti ada faktor-faktor yang mempengaruhi. Boleh jadi ia disebabkan ada faktor luaran seperti hasutan atau racun perasaan yang ditaburkan. Atau, boleh jadi tindakan yang dilakukan oleh salah satu pihak telah melukai perasaan pihak yang lain.

Jika kita berbalik kepada semangat kemerdekaan, dahulu kita lihat rakyat kita setiap kali menjelang kemerdekaan begitu bersemangat mempamerkan kebanggaan mereka kepada negara ini. Namun kebelakangan ini kelihatan jelas semangat itu terhakis dan begitu malap. Ke mana pergi semangat itu semua? Mungkin pelbagai faktor boleh disebutkan. Namun saya berpendapat bahawa antara faktor utama adalah, banyaknya tindakan mereka yang diberikan amanah dalam negara ini telah benar-benar mengguris hati dan perasaan rakyat. Walaupun kebelakangan ini semacam ada usaha untuk membaiki keadaan, tetapi hati yang luka itu nampaknya amat sukar untuk dipujuk kembali. Tidak semestinya kerana mereka telah jatuh hati kepada kekasih baru, tetapi kebencian dan kemarahan boleh menjadikan manusia benar-benar berubah.

Dalam setiap negara, dua perkara amat penting bagi sesebuah pemerintahan. Pertama; keadilan hukum antara rakyat. Sehingga tiada seorang pun yang diberikan keistimewaan mengatasi perundangan dan hukum. Jangan ada yang lemah sentiasa kalah, yang kuat sentiasa megah. Jika itu berlaku, kebencian akan merebak dan cinta akan terpadam. Apabila orang-orang besar cuba menunjukkan kuasa mereka kepada orang bawahan, sehingga ada yang rasa mereka dizalimi, maka pemerintah akan dibenci. Pemerintah itu hendaklah bak kata Saidina Abu Bakr al-Siddiq: “Orang yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat di kalangan kamu, lemah disisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya Allah”. (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).

Menguruskan

Kedua; sikap amanah dalam menguruskan harta rakyat. Dalam zaman serba canggih dan serba nampak ini, seorang pemerintah bukan sahaja bersih, hendaklah juga kelihatan bersih. Bagaimana hendak ditafsirkan oleh rakyat bawahan jika seorang yang baru menjadi wakil rakyat atau menteri, dalam masa yang singkat kekayaannya berlipat-lipat. Sehingga tidak masuk akal untuk dia memiliki harta sebanyak itu melainkan diragui ada penyalahgunaan kedudukan dan kuasa. Apatah lagi jika dia mempamerkan kekayaan itu dengan penuh kesombongan. Bertambah pelik lagi jika dia dapat memiliki geran-geran tanah dan projek yang tidak dapat dicapai oleh orang lain secara usaha yang jujur. Rakyat tidak buta. Lebih-lebih lagi jika penyelewengan itu dibuktikan kepada mereka. Mereka tahu menilai bagaimana sesuatu projek berlipat harganya. Siapakah hantu yang menelan wang itu di tengah jalan seperti hantu kisah dongeng Badang yang memakan ikan dari lukahnya sehingga tiba-tiba yang tinggal hanyalah tulang belulang. Masalahnya, wang projek-projek itu, bukan ikan Badang, tetapi wang rakyat yang masih ramai hidup dalam kesusahan atas kerakusan orang lain. Perasaan rakyat jadi membengkak saban waktu. Lalu ia menjadi busung yang busuk mengandungi nanah dan darah. Dendam dan kebencian merebak. Segala penjelasan akan ditolak. Yang betul pun akan dikatakan salah, apatah lagi jika benar-benar salah. Rakyat membenci sehingga dalam perkara yang tiada sebab yang jelas. Apa sahaja hasutan apabila sampai ke peringkat seperti ini akan ditelan. Ketika itu negara akan parah. Tidak lagi mahu mendengar perintah. Lalu fitnah akan bertebaran tanpa mampu disekat lagi.

Justeru, Islam mengharamkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam pembahagian harta orang ramai. Walaupun rasuah itu dalam banyak keadaan diberikan secara senyap, tetapi kesannya kepada hati dan perasaan mereka yang teraniaya begitu berbekas dan jelas. Daripada kesimpulan para sarjana fekah dapatlah kita rumuskan rasuah sebagai “pemberian yang menyebabkan ada pihak yang dizalimi atau menghalang keadilan ditegakkan”. Allah berfirman (maksudnya): “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang- orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).(Surah al-Baqarah, ayat 188). Sabda Nabi SAW: “Allah melaknat pemberi dan pengambil rasuah” (Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani). Jika ramai manusia yang dilaknat menguasai urusan rakyat, maka negara akan terus sakit, kecintaan akan terus kabur.

Semangat kecintaan kepada negara tidak mungkin dapat disuburkan kembali, melainkan dua perkara yang disebutkan itu mesti diperbetulkan secara agresif, bukan kosmetik. Bukan sekadar membarukan slogan, tetapi mesti dikikis insan-insan yang pernah menimbulkan masalah kepada rakyat dan dikembalikan negara kepada Islam tulen berasaskan Siasah Nabi SAW dan para khalifah al-Rasyidin.

Saya mengambil kesempatan ini memuji bajet yang dibentang kelmarin, kerana cuba membaiki keadaan rakyat. Ramai yang memujinya. Cuma, apa yang menjadi perkara penting adalah sikap amanah semua pihak dalam melaksanakan Bajet 2009 tersebut. Mesti ada kesungguhan yang jelas dalam membebaskan negara dari penyalahgunaan kuasa dan harta. Banyak cita-cita yang baik akan terbengkalai apabila mereka yang diamanahkan menunaikan tugas itu mencemarinya. Maka pastikan tiada lagi sesiapa pun yang menganggap kuasa pemerintahan seakan kunci mendapatkan harta karun, atau menguasai tampuk kuasa itu bagaikan menguasai harta rampasan perang. Marilah semua rakyat dan mereka yang mempunyai kuasa menghayati apa yang diperintahkan oleh Allah SWT ini dalam firman-Nya: “Wahai sekalian manusia! makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”. (Surah al-Baqarah, ayat 168).

Saturday, August 30, 2008

7 ALASAN MENGAPA SAINTIS PERCAYA WUJUDNYA TUHAN


Artikel dari Mr. Cressy Morisson, bekas Presiden 'New York Academy Of Sciences' yang pertama kali terbit di dalam Reader's Digest Januari, 1948 ;kemudian dengan sokongan Professor C. A. Couldson, F. R.S. Profesor Matematik di Universiti Oxford ianya telah diterbit semula di dalam Reader's Digest November 1960. Rencana ini membuktikan para saintis mengakui betapa perlunya kehadiran tuhan yang maha Pencipta.

Kita masih lagi berada dalam keheningan subuh zaman saintifik dan setiap peningkatan sinar mentari membawa petunjuk akan keagungan maha pencipta.Setelah 90 tahun sejak Darwin membuat penemuan dengan semangat sains kemanusian dan dengan kepercayaan kepada pengetahuan yang semakin hampir kita dekati menyebabkan kita semakin bertambah yakin dengan adanya Tuhan. 

Untuk diri saya, saya telah menghitung 7 alasan untuk menyimpulkan kepercayaan saya ini. 

Pertama, dengan menggunakan hukum matematik kebarangkalian, kita boleh membuktikan bahawa alam ini telah direkabentuk dan dicipta dengan kejuruteraan yang maha bijaksana. Jika anda ambil 10 keping wang syiling dan tandakan dari 1 hingga 10, kemudian masukkan ke dalam poket anda dan gaulkan syiling2 tersebut. Sekarang anda cuba anda mengambilnya secara teratur dari no. 1 hingga 10 dan masukkan kembali syiling2 tersebut dan gaulkan mereka kembali, Secara matematik, kita tahu bahawa kebarangkalian anda untuk mendapatkan syiling bernombor 1 adalah 1 dalam 10, peluang untuk mendapatkan no. 1 dan no. 2 secara berturutan adalah 1 dalam 100 dan peluang untuk mendapatkan 1, 2 dan 3 secara berturutan secara berterusan adalah 1 dalam 1000 dan begitulah seterusnya. Peluang anda untuk mendapatkan no. 1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan 10 secara berterusan adalah 1dalam 10 juta kali.

Mengikut kaedah yang sama, terlalu banyak keadaan yang ideal dan optima yang diperlukan di dalam kehidupan di atas bumi ini dan ianya pasti tidak akan wujud jika ianya terjadi dengan sendirinya, Bumi berpusing pada paksinya pada kelajuan 1,000 batu sejam. Jika ianya berpusing pada kelajuan 100 batu sejam, hari2 dan malam2 bumi akan menjadi 10 kali lebih lama dari sekarang,dan kepanasan matahari akan membakar seluruh tumbuhan pada waktu siang dan pada waktu malam pula, kehidupan yang ada ini akan membeku.

Matahari, sumber kehidupan ini, mempunyai suhu permukaan sebanyak 12,000 darjah Fahrenheit dan dunia ini mempunyai jarak yang optima jika dibandingkan dengan matahari supaya pancaran matahari sekadar cukup untuk memanaskan dan tidak terlalu berlebihan. Jika matahari memancar cahaya dengan kadar sebanyak 50% kurang dari yang ada sekarang, kita akan kebekuan dan jika ianya memancarkan 50% lebih pancaran, kita akan terbakar.

Kecondongan bumi sebanyak 23 darjah memberikan bumi 4 musim, jika bumi tidak condong sebanyak itu, wap dari lautan akan bergerak menuju utara dan selatan dan akan menyebabkan benua2 akan menjadi benua air batu. Jika bulan yang kita ada sekarang cuma berjarak sejauh 50,000 batu dari bumi dari jarak sebenarnya sekarang, air pasang surut dari lautan akan menjadi terlalu besar di mana dalam 2 kali sehari, seluruh benua di bumi akan ditenggelami air dan gunung ganang pun akan terhakis sama sekali. Jika lapisan teras bumi menjadi 10 kaki lebih tebal dari yang ada sekarang, ianya akan menyebabkan tiada lagi oksigen yang akan wujud di mana semua kehidupan akan mati. Jika lautan menjadi beberapa kaki lebih dalam dari yang ada sekarang, karbon dioksida dan oksigen akan terlarut semuanya di dalam lautan dan akan menyebabkan tiada tumbuhan lagi akan wujud. Atau jika atmosfera kita menjadi semakin tipis, sebahagian dari meteor akan terbakar di angkasa dan di bumi sebanyak berjuta2 kali dalam sehari dan akan mengenai bumi dan menyebabkan kebakaran di mana-mana jua. Disebabkan alasan-alasan di atas, tidak ada kemungkinan satu dalam berjuta-juta pun bahawa kehidupan di atas planet bumi ini terjadi secara kebetulan.

Kedua: Keadaan kehidupan itu sendiri untuk menyempurnakan tujuan kehidupan itu sendiri adalah menesfitasi akan kewujudan yang maha bijaksana. Kehidupan itu sendiri, tiada manusia yang benar2 mengerti tentang pengertiannya. Ianya tidak mempunyai berat atau dimensi, tetapi ianya mempunyai kekuatan dan daya: akar yang hidup akan memecahkan batu.

Kehidupan telah menguasai air, daratan dan udara, telah menguasai elemen dan telah membentuk dan melarutkan elemen dan membuat perubahan kepada kombinasi mereka. Kehidupan, pencipta yang telah membentuk semua kehidupan yang ada,artis yang merekabentuk setiap daunan untuk setiap pohonan dan mewarnakan setiap bunga yang ada. Kehidupan adalah ibarat pemuzik dan membuat setiap burung mempunyai lagu2 cinta mereka sendiri, serangga akan memanggil sesama mereka dalam nada beraneka mereka sendiri.

Kehidupan adalah ahli kimia yang agung, memberi rasa kepada setiap buah-buahan dan rempah ratus, dan memberi bauan kepada mawar dan bunga-bungaan lainnya, merubah air dan asid karbonik menjadi gula dan kayu dan dengan membuat demikian,menghasilkan oksigen agar setiap haiwan dapat hidup benafas. Awas, setiap tumpahan protoplasma yang hampir tidak kelihatan, lutsinar dan berbentuk seperti agar2 mampu bergerak dan mandapatkan tenaga dari cahaya matahari. Kehidupan satu sel ini menyimpan mikro-organisma kehidupan itu sendiri dan mempunyai tenaga untuk mengagih-agihkan kehidupan kepada setiap benda bernyawa amat berkuasa tetapi telalu kecil. Kuasa pada setiap tumpahannya adalah lebih besar dari tumbuhan, haiwan dan manusia itu sendiri, kerana setiap kehidupan adalah bermula darinya. Alam semula jadi tidak dapat mencipta kehidupan: batu-batuan yang panas dan kemasinan laut tidak dapat memenuhikeperluan kehidupan.

Tetapi,siapakah yang telah mengwujudkan kehidupan itu sendiri? 

Ketiga: Kebijaksanaan haiwan itu sendiri telah menyuarakan akan keagungan maha pencipta yang mamasukkan naluri kedalam haiwan. Ikan Salmon menghabiskan beberapa tahun usianya di dalam lautan, akhirnya akan kembali kepada asal usul sungainya: akan berenang untuk kembali kepada sungai dan habitat di mana ia telah dilahirkan. Apakah yang menyebabkan mereka kembali ke tempat asal mereka dengan begitu tepat sekali?

Jika anda mengubah ikan tersebut kepada habitat lain, ikan ini akan mengetahui bahawa dia telah tersalah haluan dan akan berusaha sekali lagi untuk berenang menentang harus untuk menghabiskan destinasinya dengan lebih tepat lagi. Adalah lebih sukar lagi untuk menyelesaikan misteri kehidupan belut. akhluk ajaib ini berhijrah apabila mencapai umur matang dari setiap kolam dan sungai di mana-mana merata dunia - dari Eropah akan menyeberangi beribu-ribu batu lautan - semuanya akan berkumpul pada lubuk yang dalam berdekatan laut Bermuda. Di sana mereka akan mengawan dan mati. Anak2 belut tanpa pengetahuan yang kita tahu kecuali hidup liar dalam lautan, walau bagaimanapun akan mengetahui jalan pulang mereka bukan sahaja persisiran pantai di mana ibu bapa mereka berasal ahkan sampai kepada setiap sungai atau kolam kecil di mana mereka berasal - menyebabkan setiap bahagian air akan sentiasa didiami oleh belut. Tiada belut Amerika yang ditangkap di Eropah dan begitu juga sebaliknya. Alam semulajadi juga telah melengahkan kematangan belut Eropah selama setahun atau lebih untuk enghabiskan jarak perjalanannya yang lebih panjang.

Dari manakah asalnya deria pengemudian mereka ini? 

Keempat: manusia mempunyai lebih lagi dari naluri kehaiwanan - keupayaan untuk berlogika. Tiada haiwan yang berkebolehan untuk mengira dari 1 hingga 10 atau untuk memahami pengertian nombor-nombor itu. Di mana naluri ini adalah seumpama nota tunggal kepada seruling, indah tetapi terhad, otak manusia mempunyai kesemua nota-nota untuk semua peralatan dalam sebuah orkestra. Tidak perlu untuk menerangkan lebih lanjut tentang alasan yang keempat ini, terima kasih kepada manusia, logika ini menyebabkan manusia seperti manusia yang ada sekarang yang menerima secebis atau sedikit cetusan dari kebijaksanaan universal yang maha bijaksana.

Kelima: Kewujudan semua benda bernyawa adalah hasil dari fenomena yang diketahui pada masa ini dan tidak pada masa Darwin - keajaiban gen. Terlalu penting bagi gen yang bertanggungjawab terhadap semua manusia hidup di dalam dunia ini jika dikumpulkan di dalam suatu tempat,ruangan yang akan diambil oleh mereka tidak akan lebih dari ruangan yang diambil oleh satu jari manusia. Namun begitu, mikroskopik gen ini dan yang sebangsa dengannya kromosom, tinggal di dalam setiap sel hidup dan merupakan kunci kepada semua ciri-ciri manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Satu ruangan jari manusia adalah ruangan yang kecil untuk memenuhi kesemua ciri-ciri manusia seramai dua billion orang. Walau bagaimanapun, fakta ini tidak boleh dipersoalkan lagi. Lantas bagaimanakah gen ini mengunci ciri-ciri warisan manusia dari berbagai peringkat generasi manusia dan mengekalkan psikologi setiap individu di dalam suatu ruangan yang agak kecil?. Di sini evolusi benar-benar bermula dari satu sel yang entitinya mewarisi dan membawa gen-gen. Bagaimana beberapa juta atom, terkunci sebagai mkiroskopik lampau, boleh menguasai dunia dan ianya merupakan contoh ciri-ciri yang berasal dari Kebijaksanaan Maha Agung - hipotesis dari mana lagikah yang mampu membuat ciptaan yang sedemikian rupa?

Keenam: Melalui ciri-ciri ekonomikal, kita terpaksa mengakui bahawa hanya dengan kebijaksanaan yang tidak terbatas telah melihat dan menyediakan satu sistem pengurusan sumber yang maha bijaksana. Beberapa tahun lampau satu spesis kaktus telah ditanam di Australia sebagai pagar-pagar penghalang.

Oleh kerana tidak mempunyai serangga pemusuh di Australia, pokok-pokok kaktus ini kemudiannya membiak dengan kadar yang amat tinggi sehinggakan tumbuhan ini telah memenuhi kawasan sepanjang dan sebesar England, menghalau inhabitan ke Bandar-bandar dan perkampungan, dan memusnahkan ladang-ladang. Sebagai usaha perlindungan, pakar tumbuhan dan serangga telah menjumpai sejenis serangga yang hanya semata-mata memakan pokok kaktus ini.Ianya membiak secara bebas dan tidak mempunya musuh di Australia. Serangga ini kemudiannya menguasai tumbuhan ini dan bahaya kemaraan pohonan kaktus telah berjaya dikawal hanya dengan menggunakan serangga mampu untuk mengawal pohonan kaktus untuk selamanya. Ciri-ciri kawal dan periksa (check and balance) telah lama wujud pada alam maya ini.

Mengapakah tidak ada serangga yang pantas memakan menguasai dunia ini? Ini adalah kerana meraka tidak memempunyai paru-paru seperti yang ada pada manusia, mereka bernafas melalui tiub-tiub pernafasan. Bila serangga bertambah besar, tiub-tiub pernafasan mereka tidak membesar dengan nisbah pembesaran tumbuh mereka. Oleh kerana itu, tidak pernah ada serangga yang mempunyai tubuh yang besar dimana had-had pembesaran ini telah mengekang mereka semuanya di dalam kawalan. Jika ciri-ciri pengawalan ini tidak tersedia, manusia tidak akan wujud, bayangkan kita bertemu dengan serangga yang sebesar singa!

Ketujuh: Kenyataan manusia menerima konsep kepercayaan kepada tuhan itu sendiri adalah bukti yang paling unik. Konsep ketuhanan terhasil dari tahap-tahap manusia itu sendiri, tahap yang dipanggil sebagai pemikiran.

Dengan kekuatan daya ini, manusia dan hanya manusia mampu untuk mencari bukti perkara-perkara yang ghaib. Kekuatan ini telah mengungkap segala rahsia: sesungguhnya manusia adalah sesempurna penciptaannya maka pemikiran telah menjadi kenyataan kerohaniaan. Pemikiran mampu mengesan bukti-bukti penciptaan dan tujuan penciptaan yang hakiki dan tuhan adalah segala-galanya dan tuhan tidak pernah lebih dekat melainkan dengan jiwa manusia itu sendiri. Perkara ini adalah benar dari segi saintifiknya dan juga dari segi pemikiran yang mengungkap keagungan tuhan dan ciptaannya.

ANGKA DALAM ISLAM

ANGKA 1:
Istiqamah itu satu jalan .awalnya kemulian,pertngahanya keselamatan, dan akhirnya
adalah syurga yang menanti.

ANGKA 2:
Dua titisan yang sangat bernilai di hari akhirat .dapat memadamkan kepanasan api di
padang mahsyar :
1)Air mata orang yang menangis {bertaubat
kepada Allah}terutama d malam hari.
2)Darah para syuhada d medan jihad fisabilillah.

ANGKA 3:
Tiga perkara yang menjadi kesukaan dan kebahagian hidup rasulullah SAW:
1)Bau-bauan yang harum{wangi}
2)Isteri yang solehah
3)Cahaya mataku d dalam sembahyang.

ANGKA 4:
Berkata Syaidina Ali karamullahu wajhah:Barangsiapa yang d berikan kepadanya
empat perkara sesungguhnya dia telah di beri kebaikan dunia dan akhirat:
1)Sifat warak yang memeliharanya daripada apa
yang d haramkan oleh Allah.
2)Dia hidup bersama masyarakat dengan akhlak
yang penyantun.
3)Malu yang meneghnya dari kejahilan org2 jahil.
4)Juga isteri solehah yang membantunya dalam
urusan dunia dan akhirat.

ANGKA 5:
Berkata seorang soleh:Ubat bagi hati itu ada pada lima perkara:
1)Membaca al-quran dengan tadabbur{ulang2}
2)Kosong perut.
3)Melakukan qiamullail.
4)Memohon ampun d waktu sahur.
5)Mendampingi orang2 soleh {ulamak}

ANGKA 6:
Enam cara2 menghindarkan dari iblis:
1)Bertaqwa kepada allah d mana sahaja.
2)Selalu meminta pertolongan daripada Allah.
3)Selalu berzikir dan berwirid.
4)Memperbaharui taubat.
5)Memperbnyakkan istighfar
6)Selalu meningkatkan dan memperkemaskan
ibadah d samping asasnya ilmu yang bermanafaat.

ANGKA 7:
Tujuh anak-anak rasulullah SAW:
1)Qasim
2)Abdullah
3)Ibrahim
4)Zainab
5)Ruqaiyah
6)Fatimah
7)Umi kalsum

ANGKA 8:
Senjata2 perempuan yang boleh mendatangkan fitnah besar kepada islam dan umatnya:
1)Air mata
2)Merajuk dan suka bermanja -manja
3)Berhias diri dan bergaya
4)Berpura -pura sakit
5)Senyuman
6)Penipuan
7)kata-kata yang manis
Mempertakuti bahawa ia akan lari.

ANGKA 9:
Bila taqwa tidak ada,maka para ulama akan dikuasai oleh sembilan nafsu-nafsu berikut:
1)Sombong atau ego
2)Ujub dan riak
3)Hasad dengki
4)susah untuk menerima kbnaran dari orang lain
5)Ingin berlawan terutama sesama ulama
6)Gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan
dunia,pangkat, dan wang ringgit
7)Pemarah
Ingin d hormati {gila puji}
9)Kalau mampu akan hidup bermewah- mewah.

ANGKA 10:
Ada sepuluh macam orang yang mayatnya tidak busuk dan tidak reput d dalam kubur dan mereka akan bangun ke padang mahsyar dgan tubuh yang asal dari kubur:
1)Para nabi dan rasul
2)Para ahli jihad{mujahid}
3)Para ahli ulama
4)Para syuhada
5)Huffazul quran
6)Imam atau pemimpin yang adil
7)Muazzin
Wanita yang mati kerana kelahiran{beranak}
9)Orang yang mati d bunuh atau dianiaya
10)Orang yang mati pada siang atau d malam
jumaat....

WASSALAM.....

DOA MERDEKA

Ya ALLAH, berikan taqwa kepada jiwa-jiwa kami dan sucikan dia. Engkaulah sebaik-baik yang, mensucikannya. Engkau pencipta dan pelindungnya. 

Ya ALLAH, perbaiki hubungan antara kami. Rukunkan antara hati kami Tunjuki kami jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada terang. Jadikan kumpulan kami jama'ah orang muda yang menghormati orang tua. Dan jama'ah orang tua yang menyayangi orang muda. Jangan Engkau tanamkan di hati kami kesombongan dan kekasaran terhadap sesama hamba beriman. Bersihkan hati kami dari benih-benih perpecahan, pengkhianatan dan kedengkian. 

Ya ALLAH, wahai yang memudahkan segala yang sukar. Wahai yang menyambung segala yang patah. Wahai yang menemani semua yang tersendiri. Wahai pengaman segala yang takut. Wahai penguat segala yang lemah. Mudah bagimu memudahkan segala yang susah. Wahai yang tiada memerlukan penjelasan dan penafsiran. Hajat kami kepada-Mu amatlah banyak. 

Engkau Maha Tahu dan melihatnya. Ya ALLAH, kami takut kepada-Mu. Selamatkan kami dari semua yang tidak takut kepada-Mu. Jaga kami dengan Mata-Mu yang tiada tidur. Lindungi kami dengan perlindungan-Mu yang tidak tertembus. 

Kasihi kami dengan kudrat kuasa-Mu atas kami. Jangan binasakan kami, karena Engkaulah harapan kami. Musuh-musuh kami dan semua yang ingin mencelakakan kami Tak akan sampai kepada kami, langsung atau dengan perantara. Tiada kemampuan pada mereka untuk menyampaikan bencana pada kami. 

"ALLAH sebaik baik pemelihara dan Ia paling kasih dari segala kasih" Ya ALLAH, kami hamba-hamba-Mu, anak-anak hamba-Mu. Ubun-ubun kami dalam genggaman Tangan-Mu. Berlaku pasti atas kami hukum-Mu. Adil pasti atas kami keputusan-Mu. 

Ya ALLAH, kami memohon kepada-Mu. Dengan semua nama yang jadi milik-Mu. Yang dengan nama itu Engkau namai diri-Mu. Atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu. Atau Engkau ajarkan kepada seorang hamba-Mu. Atau Engkau simpan dalam rahsia Maha Tahu-Mu akan segala yang ghaib. 

Kami memohon-Mu agar Engkau menjadikan Al Qur'an yang agung sebagai musim bunga hati kami. Cahaya hati kami. Penglipur sedih dan duka kami. Pencerah mata kami. 

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Nuh dari taufan yang menenggelamkan dunia. Ya ALLAH, yang menyelamatkan Ibrahim dari api yang marak menyala. Ya ALLAH, yang menyelamatkan Musa dari kejahatan Fir'aun dan laut yang mengancam nyawa. Ya ALLAH, yang menyelamatkan Isa dari Salib dan pembunuhan oleh kafir durjana. Ya ALLAH, yang menyelamatkan Muhammad alaihimusshalatu wassalam dari kafir Quraisy durjana, Yahudi pendusta, munafik khianat, pasukan sekutu Ahzab angkara murka. Ya ALLAH, yang menyelamatkan Yunus dari gelap lautan, malam, dan perut ikan.

Ya ALLAH, yang mendengar rintihan hamba lemah teraniaya. Yang menyambut si pendosa apabila kembali dengan taubatnya. Yang mengijabah hamba dalam bahaya dan melenyapkan prahara. 

Ya ALLAH, begitu pekat gelap keangkuhan, kerakusan dan dosa. Begitu dahsyat badai kedzaliman dan kebencian menenggelamkan dunia. Pengap kehidupan ini oleh kesombongan si durhaka yang membuat-Mu murka. Sementara kami lemah dan hina, berdosa dan tak berdaya. 

Ya ALLAH, jangan kiranya Engkau cegahkan kami dari kebaikan yang ada pada-Mu karena kejahatan pada diri kami. Ya ALLAH, ampunan-Mu lebih luas dari dosa-dosa kami. Dan rahmah kasih sayang-Mu lebih kami harapkan daripada amal usaha kami sendiri. 

Ya ALLAH, jadikan kami kebanggaan hamba dan nabi-Mu Muhammad SAW di padang mahsyar nanti. Saat para rakyat kecewa dengan para pemimpin penipu yang memimpin dengan kejahilan dan hawa nafsu. Saat para pemimpin cuci tangan dan berlari dari tanggung jawab. 

Berikan kami pemimpin berhati lembut bagai Nabi, yang menangis dalam sujud malamnya tak henti menyebut kami, ummati ummati, ummatku ummatku. Pemimpin bagai para khalifah yang rela mengorbankan semua kekayaan demi perjuangan. Yang rela berlapar-lapar agar rakyatnya sejahtera. Yang lebih takut bahaya maksiat daripada lenyapnya pangkat dan kekayaan. Bukan yang hanya memikirkan masa depan isteri, anak dan MENANTU.

Ya ALLAH, dengan kasih sayang-Mu Engkau kirimkan kepada kami da'i penyeru iman. Kepada nenek moyang kami penyembah berhala. Dari jauh mereka datang karena cinta mereka kepada da'wah. Berikan kami kesempatan dan kekuatan, keikhlasan dan kesabaran. Untuk menyambung risalah suci dan mulia ini kepada generasi berikut kami. 

Jangan jadikan kami pengkhianat yang memutuskan mata rantai kesinambungan ini. Dengan sikap malas dan enggan serta takut untuk berdakwah dan berjuang. Karena takut rugi dunia dan dibenci bangsa.

Mohon diperkenankan Ya Allah, doa kami ini.

Friday, August 29, 2008

Adab Berbuka Puasa - Menurut Sunah Rasulullah S.A.W.

ADAB-adab berhubung ibadat mestilah merujuk kepada ajaran yang ditunjuk oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., iaitu al-Quran dan sunah. Ada sebahagian pihak yang cenderung mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi terlalu kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana ia boleh mengurangkan keletihan dan sekali gus menghilangkan kelebihan puasa.

Sedangkan di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:

“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan:

“Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kepalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabat bahawa mereka melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

(Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, cetakan Dar al-Fikr, Beirut).

Yang penting di dalam bulan Ramadan ini adalah adab-adab yang kita kaitkan dengan ibadah puasa mestilah mempunyai asas yang boleh dipegang, iaitu al-Quran atau sunah. Antara adab-adab berbuka puasa yang dinyatakan di dalam hadis:

  1. Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. Ini berdasarkan hadis-hadis yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa`ad bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”

    (Riwayat Bukhari dan Muslim).

  2. Hadis ini menerangkan punca kebaikan di dalam agama ialah mengikut sunah Nabi s.a.w., iaitu Baginda menyegerakan berbuka puasa. Ini menolak dakwaan ajaran-ajaran karut yang kononnya melewatkan berbuka menambah pahala. Kata at-Tibi (meninggal 743H):

    “Barangkali sebab Allah menyukai mereka yang bersegera membuka puasa, ialah kerana apabila seseorang berbuka puasa sebelum solat, membolehkannya menunaikan solat dengan dihadirkan hati. Juga ia menyanggahi ahli bidaah yang berpendapat wajib melewatkannya.”

    (at-Tibi, Syarh Miskhat al-Masabih, 4/183, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Berut).

  3. Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88). Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ia kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan mengecut. Apabila ia mengecut dipanggil tamar. Di dalam hadis daripada Anas katanya:

    “Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”

    (Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).

  4. Inilah tertib yang dilakukan oleh Baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada tamar dan jika tiada air. Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H):

    “Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada, maka dengan tamar, dan sekiranya tiada, maka dengan air. Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah, namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air.”

    (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut). Di samping itu, dakwaan jika tiada tamar, maka dengan buah-buahan yang lain juga tiada sebarang dalil daripada sunah Nabi s.a.w.

  5. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan. Hadis yang kita nyatakan di atas menunjukkan Baginda Nabi s.a.w. berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum bersolat Maghrib. Maka kita disunatkan juga mengikuti langkah tersebut, iaitu selepas berbuka dengan perkara-perkara tadi, lantas terus menunaikan solat. Ini sekiranya makanan belum dihidangkan. Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata, maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan apa yang dinyatakan dalam hadis-hadis baginda Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.”

    (Riwayat Bukhari dan Muslim).

  6. Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, Baginda s.a.w. bersabda:

    “Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesa.”

    (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    Riwayat di atas juga menambah:

    Bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan, sedangkan beliau mendengar bacaan imam. Ini kerana meninggalkan makanan dalam keadaan keinginan yang kuat untuk menjamahnya atau dalam perasaan lapar, boleh menghilangkan khusyuk di dalam solat, disebabkan ingatan terhadap makanan tersebut. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Kata an-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.

    (An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut).

    Sebenarnya bukan pada makan malam atau solat Maghrib sahaja kita disunatkan mendahulukan makanan yang dihidang sebelum solat, bahkan sunah ini meliputi semua solat dan waktu makan kerana dibimbangi menghilangkan khusyuk. Ini sekiranya makanan telah terhidang di depan mata. Al-Munawi (meninggal 1031H) pula menyebut:

    “Hadis tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat Maghrib. Namun ia juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk.”

    (al-Munawi, Faidh al-Qadir, 1/295, cetakan: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Mesir).

    Malangnya ada di kalangan yang kurang faham, lalu mereka menyatakan bahawa kalau azan sudah berkumandang, hidangan dan makanan hendaklah ditinggalkan demi mengutamakan solat jemaah. Inilah kedangkalan meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w., lalu mengandaikan agama dengan emosi sendiri.

    Adapun sekiranya makanan belum terhidang atau perasaan keinginan terhadap makanan tiada, maka tidaklah dimakruhkan untuk terus solat. Ini bukanlah bererti kita disuruh mementingkan makanan melebihi solat, sebaliknya tujuan arahan Nabi s.a.w. ini ialah untuk memastikan kesempurnaan solat. Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H):

    “Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabat) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jemaah.”

    (Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, 2/385, cetakan: dar al-Fikr, Beirut).

  7. Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya:

    Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.

    (Surah al-`Araf:31).

  8. Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut:

    “Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”

    (Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan).

    Hadis ini salah difahami oleh sesetengah pihak, lalu mereka menyangka Nabi s.a.w. menyuruh umatnya jika makan, hendaklah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. Sebenarnya jika kita teliti hadis ini bukan demikian, pembahagian tersebut ialah had maksimum. Kalau boleh kurang daripada itu. Sebab itu Baginda menyebut jika tidak dapat, maka tidak melebihi pembahagian tadi. Namun yang lebih utama digalakkan sekadar yang dapat memberi tenaga.

  9. Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:

    “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.”

    (Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur’ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).

  10. Maka kita boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang kita hajati. Doa orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan daripada kotoran dosa dan syahwat. Justeru itu al-Munawi menyebut:

    ”Hadis di atas hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggungjawab puasa dengan menjaga lidah, hati dan anggota.”

    (Faidh al-Qadir, 2/500).

    Di sana ada doa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. ketika berbuka dan disunatkan kita membacanya:

    “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berbuka, Baginda bersabda: Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insya-Allah.”

    (Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan)

    Namun setiap orang yang menunaikan puasa dengan sepenuhnya, hendaklah merebut peluang doa yang makbul ketika dia berbuka.

  11. Berdoa kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka, kata Anas r.a.:

    “Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.”

    (Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi dalam Al-Ahadith al-Mukhtarah menyatakan ia sahih 5/158). Maka berdoalah kepada mereka yang menjamu kita berbuka puasa. Ini adab yang sangat baik.

Demikian senarai adab-adab yang terkandung di dalam sunah Nabi s.a.w. ketika berpuasa. Semoga pengamalan adab-adab ini menambahkan lagi pahala puasa kita.

Intipati Bajet 2009


  • Bajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah dibina selama ini terus terjamin dan untuk itu adalah penting diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya negara berupaya menangani kesan persekitaraan luar yang semakin sukar. 
  • Bertemakan Kerajaan Prihatin, Bajet 2009 tertumpu kepada tiga strategi khusus iaitu, menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti dan memperkukuh daya tahan negara.
  • Kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik. 


JARINGAN KESELAMATAN SOSIAL
  • Kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah. 
  • Menghargai jasa pesara, dan bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Jan, 2009. 
  • Kerajaan akan menubuhkan satu tabung khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.
  • Memandangkan tanggungjawab besar ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan, kerajaan telah menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuatkuasa mulai 1 Sept, 2008. 


MEMBASMI KEMISKINAN 
  • Kerajaan telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan daripada 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007. 
  • Kerajaan telah menyediakan RM50 juta dibawah Program Bantuan Rumah untuk membina 1,400 rumah baru dan membaik pulih 1,000 rumah. 
  • Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutama untuk mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan RM420 juta untuk Sarawak. 
  • Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Okt, 2008 sehingga akhir 2009. 


MENINGKATKAN PENDAPATAN BOLEH GUNA RAKYAT 
  • Kerajaan cadangkan rebat cukai RM350 seorang yang diberikan pada masa ini, dinaikkan kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000 dan ke bawah. 
  • Kerajaan cadangkan pendapatan faedah ke atas simpanan bagi individu dikecualikan cukai. 
  • bagi menangani kesan kenaikan harga barangan pengguna, kerajaan mencadangkan duti import ke atas beberapa barangan pengguna dikurangkan daripada di antara 10 peratus dan 60 peratus kepada di antara lima peratus dan 30 peratus. 
  • Kerajaan akan mengurangkan kadar cukai jalan kenderaan penumpang persendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat supaya sama dengan kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol berkuat kuasa 1 Sept, 2008. 


MENJAMIN KEBAJIKAN PEKERJA 
  • Kerajaan akan memberi pengecualian cukai sepenuhnya kepada eluan perjalanan pekerja antara rumah dan tempat kerja yang diberikan oleh majikan manakala pekerja yang menerima elaun perjalanan diberi pengeculian cukai sehingga RM2,400 setahun. 
  • Kerajaan cadang memberi pengecualian cukai kepada majikan keatas manfaat yang dinikmati pekerja seperti bantuan kadar faedah bagi pinjaman berjumlah sehingga RM300,000 perumahan, kenderaan bermotor dan pendidikan, telefon mudah alih serta bil telekomunikasi dan langganan Internet yang dibayar oleh majikan, nilai diskaun sehingga RM1,000 setahun ke atas barangan jualan syarikat yang ditawarkan kepada pekerja, nilai diskaun ke atas perkhidmatan yang diniagakan oleh syarikat yang ditawarkan kepada pekerja dan elaun penjagaan anak sehingga RM2,400 setahun bagi anak-anak pekerja. 
  • Pengecualian cukai keatas manfaat perubatan yang disediakan oleh majikan tidak merangkumi perbelanjaan materniti. Kerajaan mancadangkan memperluaskan pengecualian cukai kepada perbelanjaan materniti. 
  • Kakitangan kerajaan yang diberi kemudahan tambang pergi balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu diantara Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak, mulai 1 Januari 2009 boleh berbuat demikian sekali setahun. 


MENAMBAH BAIK PENGANGKUTAN AWAM 
  • Jumlah bas RapidPenang akan ditambah dengan 200 bas lagi dan dengan ini perkhidmatan bas tersebut dijangka dapat diperluaskan lagi dengan 14 jaringan laluan baru. 
  • Untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan awam, sebanyak RM35 bilion akan dibelanjakan dalam tempoh 2009 hingga 2014. 
  • Untuk memperluaskan lagi jaringan perkhidmatan rel bandar di Lembah Kelang, satu laluan LRT baru sepanjang 42km akan dibina dari Kota Damansara ke Cheras. 
  • Perkhidmatan rel komuter Keretapi Tanah Melayu Bhd akan dipertingkatkan. 
  • Kerajaan juga sedang membina terminal pengangkutan bersepadu di Bandar Tasik Selatan bertujuan menyediakan kemudahan kepada teksi dan bas antara bandar daripada kawasan selatan Semenanjung. 
  • Bagi menyediakan kemudahan kepada teksi dan bas antara bandar daripada kawasan utara Semenanjung, satu terminal pengangkutan bersepadu yang baru akan dibina. 
  • Menyediakan kemudahan pinjaman mudah melalui Dana Pengangkutan Awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Bhd untuk membiayai perolehan aset bas dan rel 
  • Mengurangkan bayaran tol sebanyak 50 peratus bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh dua tahun bermula 15 September 2008. 
  • Pengusaha semua bas diberi pengeculaian cukai jualan ke atas pembelian bas baru yang dipasang dalam negara. 
  • Selain itu, cukai jalan dikurangkan kepada RM20 setahun bagi semua bas dan teksi, termasuk kereta sewa dan limosin. 
  • Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat akan ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk merancang, mengintegrasi, mengawal selia dan memajukan sistem pengangkutan pengangkutan awam. 

Thursday, August 28, 2008

MERDEKA KE-51


Tema : Perpaduan Teras Kejayaan

Rasional Logo

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

  • 3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.
  • 3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.
  • Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Petuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.


PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa
Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni
Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita
Bersatu…….Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan
Berpadu……Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan

TIPS KEJUT SAHUR

Puasa pun nak dekat, tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling crucial sekali. Dibawah ni ada2 tips menarik untuk dicuba:-)

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya..
1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond

tapi kalau still tak ada effect
1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit

tapi kalau still tak ada effect gak
1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!

tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir
1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya

Wednesday, August 27, 2008

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.

ASSALAMUALAIKUM WBT......

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.
 
SEMOGA SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA &
 MENDAPAT KEBERKATAN DARI-NYA......

JANGAN CURI2 ..... JANGAN KEJA ..... JANGAN BUAT ...... JANGAN ASIK ...... JANGAN ASIK  BANYAK2 LA BERSABAR......

MESTILAH SENTIASA 
......... 



BYE2..........
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa
umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan
hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S..W.T, insyaallah.
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA