Tuesday, August 26, 2008

Sedekah umpama berkebun digunung subur

Oleh: Suraiya Mohd Nor

Mana satu pilihan anda - berkebun ditanah pergunungan yang subur atau bertanah di atas batu licin yang sering ditimpa hujan lebat? Sebagaimana ditegaskan dalam Surah al-Baqarah, ayat 261, 262 dan 263, orang yang ikhlas mengorbankan wang dan harta bendanya pada jalan kebaikan, dihanjikan Tuhan pahala berlipat kali ganda (700 kali atau lebih) dan tidak diputus-putuskan-Nya, umpama kebun yang subur.

Sebaliknya jika memberi diiringi umpat cela dan pengorbanan bukan berniat jujur kecuali untuk mendapat nama dan pengaruh, ia umpama bercucuk tanam di atas tanah berbatu licin. Suburnya sementara, apabila hujan lebat terhakislah ia.
Begitu juga ketika memberi, pemberian itu hendaklah dipilih daripada yang baik-baik, bukan buruk dan tidak boleh digunakan. Jangan kita beranggapan, golongan yang kurang kemampuan ini hanya sesuai menggunakan barangan terpakai. Jika kita sendiri tidak mahu menggunakannya, begitu juga orang lain kecuali jika barang itu masih "berkeadaan baik.
Sedekah dan pemberian itu membersihkan jiwa daripada sifat kikir, cintakan harta benda dan mementingkan diri. la memupuk kasih sayang dan suka berbuat kebajikan sesama manusia.

"Sebenarnya, konsep bersedekah atau memberi ini luas. la berlandaskan kelebihan yang ada pada kita, umpamanya harta benda, buah fikiran, kemahiran ataupun pengetahuan. Yang diutamakan, keikhlasan," kata Pengerusi dan Ketua Pembimbing Dakwah Persekutuan Seruan Islam (Jami'yah) Selangor dan Wilayah Persekutuan, Safwan Fathy.

Katanya, bersedekah seharusnya mengikut kemampuan biarpun sebutir kurma. "Kita bersedekah kepada golongan vang tiada kemampuan, contohnya fakir (apabila pendapatan diperolehi kurang separuh daripada perbelanjaan) dan miskin (pendapatannya melebihi separuh perbelanjaan tetapi tidak mencukupi), anak yatim dan golongan kurang bernasib baik.
Sedekah itu terbahagi dua: pemberian wajib iaitu zakat dan amalan. Zakat pula terbahagi kepada zakat harta benda dan zakat fitrah. Penerima zakat ada lapan iaitu:
  • Fakir
  • Miskin
  • Amil
  • Orang yang baru memeluk Islam atau mualaf
  • Memerdekakan budak (yang sudah dijanjikan tuannya) atau melepaskan tawanan
  • Gharim - orang yang mempunyai tanggungan hutang untuk kepentinganumum seperti membuat jambatan, meramaikan masjid atau menjamu tetamu
  • Berjihad ke jalan Allah swt, dan
  • Musafir.

Bersedekah kepada anak yatim

Anak yatim sudah ditentukan bahagian mereka oleh Allah swt, Dalam Surah al-Baqarah, ayat 177 ada menyebut, berbuat kebaikan bukan sekadar beribadat (menghadap ke Timur atau ke Barat) tetapi inti pati keagamaan itu sendiri dan pengaruhnya kepada jiwa dan perbuatan penganutnva. "... memberikan harta yang dikasihinya kepada kaum keluarga, anak yatim-piatu, orang miskin, orang yang terlantar dalam perjalanan, orang yang meminta..." adalah petanda kuat iman selain khusyuk ketika mengerjakan ibadat dan tinggi budi pekerti.

Menjaga anak yatim ini tanggungjawab bersama. Mereka hendaklah dilayani dengan baik dan jika mereka berharta, ia diamanahkan kepada walinya untuk menjaga hingga mereka berkemampuan mengendalikannya sendiri.
Bersedekah memang banyak ganjarannya (Al-Hadid, ayat 18) tetapi tidak seharusnya kita membataskan sedekah itu kepada sesuatu golongan saja. Jika kita menyedari, Allah swt sudah membeli diri dan harta orang beriman dengan memberikan syurga kepada mereka.

Memang ramai bersedekah pada bulan puasa, ada ketikanya berlebih-lebihan bersedekah kepada anak yatim. "Kemewahan itu tidak seharusnya ditunjukkan. la bergantung kepada pentadbirnya. Umpama pokok yang diberi baja berlebihan, bukan tumbuh subur tetapi mati. Mereka ini tidak seharusnya dimewah-mewahkan tetapi utamakan disiplin diri supaya mereka dapat hidup berdikari walaupun ada pembantu," kata Safwan.

Mereka antara golongan yang perlu diberikan bantuan dan bantuan ini tidak sepatutnya terhenti pada satu bulan saja. Safwan menyarankan sedekah diterima daripada orang ramai, dikendalikan oleh sebuah institusi atau badan tertentu. "Umpamanya, menubuhkan tabung dikendalikan oleh masjid. Masjid boleh mengawasi ahli kariahnya dan mengagihkan sedekah mengikut keperluan pada sesuatu masa. Jika dapat dilaksana, ia sudah cukup baik.
Yang patut dibantu bukan anak yatim saja."

Harta boleh membawa manfaat dan mudarat. Manfaatnya:
  • Dapat menyempurnakan keperluan tubuh untuk beribadah. umpamanya mengerjakan haji dan menuntut ilmu.
  • Menguat dan menyempurnakan beribadat umpamanya, membeli makanan, pakaian, rumah dan segala keperluan.
  • Boleh diberikan kepada orang lain seperti bersedekah, berzakat, menjaga kehormatan diri dan keluarga serta menggaji pekerja.
  • Membantu keperluan umum dan masyarakat, umpamanva mendirikan masjid, jambatan, surau, madrasah, rumah tamu, rumah sakit.

la membawa mudarat apabila:
  • Harta itu menyebab berlakunya maksiat dan kecurangan.
  • Melalaikan orang daripada berzikir dan beribadat kepada Allah swt.
  • Menyebab berlakunya kesenangan berlebih-lebihan.
  • Menyebabkan dukacita jika hilang, berkurangan, menambahkan hisab diakhirat, sombong dan meremehkan orang lain. banyak musuh muncul daripada rasa dengki dan berbangga diri.
  • Menyebabkan timbulnya sifat kikir kerana sayangkan harta apabila berkurangan walaupun jelas untuk kebaikan seperti berzakat atau membantu orang yang menderita dan berhajat.
"Apa yang ada pada diri kita ini adalah amanah. Jika ia tidak digunakan dengan baik, Allah akan mengambilnya semula," tegas Safwan. Jika kita menghayati firman Allah swt dalam surah al-Hadid, ayat 20, "Ketahuilah olehmu bahawa kehidupan dunia ini hanyalah permainan, senda gurau, perhiasan, bermegah-megah antara sesama kamu, berlumba banyak kekayaan dan anak-anak. Perumpamaannya bagai hujan yang menakjubkan petani melihat tumbuh tanamannya, kemudian itu menjadi kering dan engkau lihat kuning warnanya lalu menjadi hancur... kehidupan dunia ini hanya kesenangan tipuan semata-mata.

Sayangilah hati kita

Oleh: Ruzana Hamim

Hati kita ada pintu-pintunya. Maka kita katakan 'pintu-pintu hati'. Tugas dan tanggungjawab kita ialah memastikan pintu-pintu hati tadi senantiasa terbuka luas. Untuk apa? Supaya ia boleh menerima sebanyak-banyaknya cahaya hidayah serta ilmu Allah s.w.t.

Biarpun hati kita sentiasa terbuka, namun kita harus awas selalu. Tahap 'security''nya harus dipantau dan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Almaklumlah, banyak juga bilangan musuh yang mahu menjajah kerajaan hati. Banyak musuh yang cemburu pada kegemilangan hati dengan nur hidayahnya yang berkilau serta ilmu Allah yang sarat. Untuk itu, musuh-musuh itu tidak pernah rehat mengintai dan menanti peluang lewat dasar 'keterbukaan' pintu-pintu hati itu.

Sehebat mana pun serangan musuh (nafsu dan syaitan), pintu-pintu hati mesti sentiasa terbuka. Tidak boleh tertutup. Terbukanya pintu-pintu hati melambangkan kehebatan dan 'gentle'nya dia. Hati yang pintu-pintunya terbuka tidak pernah gentar dengan serangan-serangan liar itu kerana ia rasa selamat dengan pagar-pagar yang melingkari dan merentang di sekelilingnya. Itulah pagar ketauhidan (akidah), amal soleh, keikhlasan, keyakinan serta kesabaran.

Syaitan dan nafsu tidak berupaya untuk terus-menerus menutup pintu-pintu hati yang terbuka tadi. Mereka amat takut dan gerun pada kilauan cahaya iman dan nur hidayah yang menyimbah laksana bebola mentari itu.
Namun mereka tak pernah putus asa. Mereka datang lagi dengan cara yang lain pula. Kali ini modus operandi mereka ialah dengan berusaha keras secara berpasukan melemah dan merosakkan pagar-pagarnya yakni pagar-pagar hati tadi. Pagar yang tidak dipantau dan dikawal rapi akhirnya bolos juga!

Senjata apa yang diasak sampai melumpuhkan pagar-pagar hati tadi? Tidak lain dan tidak bukan itulah dosa-dosa yang kita lakukan sama ada kepada Allah atau sesama manusia. Senjata dosa yang diguna pakai syaitan dan nafsu pada fasa pertamanya bertindak memusnahkan pagar-pagar hati. Pada fasa berikutnya ia menjadi lebih agresif dan kemaruk. Apabila bala tentera dosa datang dalam jumlah yang banyak, bukan saja pagar hati dapat diruntuhkan, bahkan pintu-pintu hati yang terbuka tadi pun berjaya diceroboh dan dibolosi. Apa yang terjadi selepas 'tentera penjajah' itu berjaya menguasai hati? 

Hati yang terbuka tadi akan menjadi tertutup. Cahaya iman yang berkemilau bertukar menjadi suram dan kelam. Cahaya ilmu tidak mendapat tempat lagi kerana pintu-pintu hati mula tertutup rapat. Di fasa ini, manusia akan menjadi seorang yang lalai selalai-lalainya.

Firman Allah s.w.t: "Sekali-kali tidak (demikian). Sebenamya apa yang selalu mereka lakukan itu menutup hati mereka." (Al-Mutafffifin:14) Al-Hasan menafsirkan ayat ini dengan berkata: "la bermaksud dosa demi dosa, sehingga hati menjadi buta."

As-Syeikh Abu Bakar al-Jaea-iri rahimahullah di dalam tafsirnya 'Aisarut Tafasir' menyebutkan: "Dosa-dosa yang dilakukan itu menutupi hati-hati mereka dan mendinding mereka daripada menerima kebenaran."
Ulama lain pula menyebutkan:
"Apabila dosa dan maksiat menjadi banyak, ia akan meliputi hati mereka."
Mungkin anda masih ingat apa yang telah kita perkatakan dulu. Bagaimana dosa bermula dengan satu titik hitam (noktah) seterusnya merebak menjadi banyak. Kemudian ia menjadi karat, di dalam hati. Setelah sekian lama kekaratan ini dibiarkan, ia beralih menjadi lapisan-lapisan yang menutupi hati dengan karung maksiat.

Bila keadaan ini berlaku kepada seseorang yang sebelum ini telah mendapat hidayah dan ilmu; maka ia akan jadi terbalik. Ketika itu ia akan dikuasai oleh musuh-musuhnya yang mengheretnya ke mana sahaja yang disukai mereka. Sayangilah hati kita. Wallahu a'alam. 

MELIHAT POSITIF DLM NEGATIF

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR... 
  1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain. 
  2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran. 
  3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan. 
  4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan. 
  5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal. 
  6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar. 
  7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai. 
  8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat. 
  9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan. 
  10. untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut... 
BELAJARLAH BERSYUKUR.......

Dekatnya tamar dengan kita

Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal. Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2 Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya. 

Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu). 

Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. 

Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam. 

Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain. 
Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina. 

Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan). 

Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah. 

Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina . Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk,disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. 

Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin. Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu 
kurang dari 55oC. 

Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai. 

Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada. 

"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long. 

Pokok Tamar ayah saudara kita.... 

Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. 
"Masya-Allah bau air - word censor -," kata kami tergamam. "Ya, memang bau air - word censor -bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s." 

"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap 
kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.