Tuesday, August 26, 2008

Sedekah umpama berkebun digunung subur

Oleh: Suraiya Mohd Nor

Mana satu pilihan anda - berkebun ditanah pergunungan yang subur atau bertanah di atas batu licin yang sering ditimpa hujan lebat? Sebagaimana ditegaskan dalam Surah al-Baqarah, ayat 261, 262 dan 263, orang yang ikhlas mengorbankan wang dan harta bendanya pada jalan kebaikan, dihanjikan Tuhan pahala berlipat kali ganda (700 kali atau lebih) dan tidak diputus-putuskan-Nya, umpama kebun yang subur.

Sebaliknya jika memberi diiringi umpat cela dan pengorbanan bukan berniat jujur kecuali untuk mendapat nama dan pengaruh, ia umpama bercucuk tanam di atas tanah berbatu licin. Suburnya sementara, apabila hujan lebat terhakislah ia.
Begitu juga ketika memberi, pemberian itu hendaklah dipilih daripada yang baik-baik, bukan buruk dan tidak boleh digunakan. Jangan kita beranggapan, golongan yang kurang kemampuan ini hanya sesuai menggunakan barangan terpakai. Jika kita sendiri tidak mahu menggunakannya, begitu juga orang lain kecuali jika barang itu masih "berkeadaan baik.
Sedekah dan pemberian itu membersihkan jiwa daripada sifat kikir, cintakan harta benda dan mementingkan diri. la memupuk kasih sayang dan suka berbuat kebajikan sesama manusia.

"Sebenarnya, konsep bersedekah atau memberi ini luas. la berlandaskan kelebihan yang ada pada kita, umpamanya harta benda, buah fikiran, kemahiran ataupun pengetahuan. Yang diutamakan, keikhlasan," kata Pengerusi dan Ketua Pembimbing Dakwah Persekutuan Seruan Islam (Jami'yah) Selangor dan Wilayah Persekutuan, Safwan Fathy.

Katanya, bersedekah seharusnya mengikut kemampuan biarpun sebutir kurma. "Kita bersedekah kepada golongan vang tiada kemampuan, contohnya fakir (apabila pendapatan diperolehi kurang separuh daripada perbelanjaan) dan miskin (pendapatannya melebihi separuh perbelanjaan tetapi tidak mencukupi), anak yatim dan golongan kurang bernasib baik.
Sedekah itu terbahagi dua: pemberian wajib iaitu zakat dan amalan. Zakat pula terbahagi kepada zakat harta benda dan zakat fitrah. Penerima zakat ada lapan iaitu:
  • Fakir
  • Miskin
  • Amil
  • Orang yang baru memeluk Islam atau mualaf
  • Memerdekakan budak (yang sudah dijanjikan tuannya) atau melepaskan tawanan
  • Gharim - orang yang mempunyai tanggungan hutang untuk kepentinganumum seperti membuat jambatan, meramaikan masjid atau menjamu tetamu
  • Berjihad ke jalan Allah swt, dan
  • Musafir.

Bersedekah kepada anak yatim

Anak yatim sudah ditentukan bahagian mereka oleh Allah swt, Dalam Surah al-Baqarah, ayat 177 ada menyebut, berbuat kebaikan bukan sekadar beribadat (menghadap ke Timur atau ke Barat) tetapi inti pati keagamaan itu sendiri dan pengaruhnya kepada jiwa dan perbuatan penganutnva. "... memberikan harta yang dikasihinya kepada kaum keluarga, anak yatim-piatu, orang miskin, orang yang terlantar dalam perjalanan, orang yang meminta..." adalah petanda kuat iman selain khusyuk ketika mengerjakan ibadat dan tinggi budi pekerti.

Menjaga anak yatim ini tanggungjawab bersama. Mereka hendaklah dilayani dengan baik dan jika mereka berharta, ia diamanahkan kepada walinya untuk menjaga hingga mereka berkemampuan mengendalikannya sendiri.
Bersedekah memang banyak ganjarannya (Al-Hadid, ayat 18) tetapi tidak seharusnya kita membataskan sedekah itu kepada sesuatu golongan saja. Jika kita menyedari, Allah swt sudah membeli diri dan harta orang beriman dengan memberikan syurga kepada mereka.

Memang ramai bersedekah pada bulan puasa, ada ketikanya berlebih-lebihan bersedekah kepada anak yatim. "Kemewahan itu tidak seharusnya ditunjukkan. la bergantung kepada pentadbirnya. Umpama pokok yang diberi baja berlebihan, bukan tumbuh subur tetapi mati. Mereka ini tidak seharusnya dimewah-mewahkan tetapi utamakan disiplin diri supaya mereka dapat hidup berdikari walaupun ada pembantu," kata Safwan.

Mereka antara golongan yang perlu diberikan bantuan dan bantuan ini tidak sepatutnya terhenti pada satu bulan saja. Safwan menyarankan sedekah diterima daripada orang ramai, dikendalikan oleh sebuah institusi atau badan tertentu. "Umpamanya, menubuhkan tabung dikendalikan oleh masjid. Masjid boleh mengawasi ahli kariahnya dan mengagihkan sedekah mengikut keperluan pada sesuatu masa. Jika dapat dilaksana, ia sudah cukup baik.
Yang patut dibantu bukan anak yatim saja."

Harta boleh membawa manfaat dan mudarat. Manfaatnya:
  • Dapat menyempurnakan keperluan tubuh untuk beribadah. umpamanya mengerjakan haji dan menuntut ilmu.
  • Menguat dan menyempurnakan beribadat umpamanya, membeli makanan, pakaian, rumah dan segala keperluan.
  • Boleh diberikan kepada orang lain seperti bersedekah, berzakat, menjaga kehormatan diri dan keluarga serta menggaji pekerja.
  • Membantu keperluan umum dan masyarakat, umpamanva mendirikan masjid, jambatan, surau, madrasah, rumah tamu, rumah sakit.

la membawa mudarat apabila:
  • Harta itu menyebab berlakunya maksiat dan kecurangan.
  • Melalaikan orang daripada berzikir dan beribadat kepada Allah swt.
  • Menyebab berlakunya kesenangan berlebih-lebihan.
  • Menyebabkan dukacita jika hilang, berkurangan, menambahkan hisab diakhirat, sombong dan meremehkan orang lain. banyak musuh muncul daripada rasa dengki dan berbangga diri.
  • Menyebabkan timbulnya sifat kikir kerana sayangkan harta apabila berkurangan walaupun jelas untuk kebaikan seperti berzakat atau membantu orang yang menderita dan berhajat.
"Apa yang ada pada diri kita ini adalah amanah. Jika ia tidak digunakan dengan baik, Allah akan mengambilnya semula," tegas Safwan. Jika kita menghayati firman Allah swt dalam surah al-Hadid, ayat 20, "Ketahuilah olehmu bahawa kehidupan dunia ini hanyalah permainan, senda gurau, perhiasan, bermegah-megah antara sesama kamu, berlumba banyak kekayaan dan anak-anak. Perumpamaannya bagai hujan yang menakjubkan petani melihat tumbuh tanamannya, kemudian itu menjadi kering dan engkau lihat kuning warnanya lalu menjadi hancur... kehidupan dunia ini hanya kesenangan tipuan semata-mata.

No comments: